Saturday, July 6, 2013

Kita HiduP UntukNYA

Alhamdulillah..

Syukur padaMu Ya Allah kerana memberi peluang kehidupan dan masa untukku teruskan perjuanganku di bumi ini.
Syukur padaMu kerana menurunkan rahmat hujan yang amat diperlukan oleh rakyat dalam menghadapi Peringatan dan ujian kecil yang Engkau berikan pada kami.
Syukur pdaMU Ya Allah kerana kesihatan yang baik telah engkau berikan kepada diriku, keluargaku dan semua sahabat-sahabat dan rakan-rakanku sekalian sama jauh atau dekat.
Syukur padaMu kerana terlalu banyak nikmat yang Engkau berikan, walaupun Engkau tidak memerlukan kami kerana KEKUASAANMU namun Kami amat memerlukanMu untuk menghadapi kehidupan ini untuk akhirat yang telah engkau sediakan untuk kami.
Ya ALLAH, Ampunkanlah dosa kami, insan yang kerdil disisiMU. Yang ada masanya kami melupakanMu tetapi Engkau tetap memberi nikmat Kasih dan SAyang serta Kehidupan yang kami tak sepatutnya terima dalam kelalaian kami. Tetapi kerana SIfatMU yang MAHA Pemurah dan Penyayang serta MAHA Pemgampun, ENgkau tetap sentiasa menjaga kami dimanapun kami berada.

Terima KAsih PAdaMU ALLAH.. Amin..